1. Mula dengan البلاغة الواضحة karangan علي الجارم dan مصطفى أمين. Bila sudah dapat gambaran keseluruhan ilmu balaghah dan berjaya menghafal sebilangan besar syawahid balaghah, tiba masa untuk menghafal matan.
2. Mula dengan الجوهر المكنون karangan الأَخْضَري pengarang matan al-Sullam ilmu Mantiq itu. Matan ini jika tidak termasuk mukaddimah dan khatimah mencecah lebih kurang 260 bait. Ia adalah ringkasan kepada تلخيص المفتاح yang ditulis oleh الخطيب القزويني, kitab balaghah pertama yang ditulis dalam bentuk modul pembelajaran.
Kitab lain sebelum itu seperti kitab دلائل الإعجاز dan أسرار البلاغة yang ditulis oleh Abdul Qahir al-Jurjani sendiri, iaitu pengasas ilmu balaghah lebih kepada perbahasan atau respon kepada isu-isu tertentu, bukan modul pembelajaran (تعليمي).
Matan الجوهر المكنون ini tidak menyebut syawahid yang terdapat di dalam kitab التلخيص tadi. Ia lebih kepada takrif dan pembahagian. Jika ingin hafal matan, hafal lah matan ini di samping membaca syarah-syarahnya seperti الفلك المشحون dalam gambar di bawah atau حلية اللب المصون oleh Ahmad al-Damanhuri.
Di peringkat ini ada yang menghafal مائة المعاني oleh ابن الشَّحنة الحنفي. Terserah kepada guru masing-masing, tapi saya mulakan dengan الجوهر المكنون.
3. Matan seterusnya jika ingin dihafal adalah عُقُود الجُمان oleh السيوطي. Matan ini adalah nazam kitab تلخيص المفتاح juga. Bezanya dengan الجوهر المكنون tadi adalah ia menyatakan segala syawahid yang terdapat di dalam تلخيص المفتاح dan meluaskan perbincangannya. Bilangan baitnya mencecah seribu bait. Bagusnya matan ini jika dihafal ialah ia akan mengingatkan kita segala syawahid-syawahid balaghah dalam ketiga-tiga bidangnya, iaitu ilmu maani, bayan dan badi’. Matan ini turut disyarahkan oleh al-Sayuti sendiri.
4. Di samping syarah-syarah ke atas kedua-dua matan di atas (al-Jawhar al-Maknun dan Uqud al-Juman), kita perlu sentiasa menyemak kitab تلخيص المفتاح oleh القزويني kerana itulah sumber kedua-dua matan di atas.
Ustaz, apakah sumber تلخيص pula? Ia adalah ringkasan kepada bahagian ketiga kitab مفتاح العلوم oleh السكاكي.
5. Bila kita berjaya mengingati dengan baik matan عقود الجمان dan dapat membayangkan segala takrif, pembahagian dan syawahid ilmu balaghah, ia bermakna kita sudah berjaya menghadam istilah-istilah ilmu balaghah. Itu sahaja.
6. Untuk sampai ke peringkat apa yang disebut sebagai بليغ pula caranya adalah menekuni uslub-uslub al-Quran dan hadis kemudian kitab-kitab karangan al-Jahiz terutamanya البيان والتبين, Ibn al-Muqaffa’ seperti كليلة ودمنة, kitab أدب الكاتب, kitab أمالي القالي, kitab الكامل oleh المبرد dan lain-lain.
InsyaAllah jika buku-buku di atas dibaca di samping buku-buku biasa dengan laras bahasa biasa, seperti berita Arab di media-media social atau buku-buku cerita semua itu membantu kita untuk menekuni bahasa yang penuh berkat ini.
7. Saya harap saya dapat lakukan perkara-perkara di atas dan istiqomah. Diri ini terlalu kerdil, perjalanan masih jauh, tak tahu lah sampai atau tidak.