1. Caranya adalah dengan menukarkan nun taukid tersebut kepada huruf alif. Misalnya اِذْهَبَنْ jadi اِذْهَبَا.
Kata Ibn Malik :
وأَبْدِلَنْها بَعْدَ فَتْحٍ ألِفًا # وَقْفًا كما تَقولُ في قِفَنْ قِفَا
“Gantikan nun taukid khafifah dengan huruf alif di mana huruf sebelumnya mesti berbaris fathah disebabkan waqaf ; seperti engkau kata قِفَنْ menjadi قِفَا”.
Aplikasi kaedah ini kita dapat lihat sebagai contoh menerusi bait Ibn Malik berikut :
ولا يكون اسم زمانٍ خبَرا # عن جُثَّةٍ وإنْ يُفِدْ فَأَخْبِرَا
Asalnya adalah فأخْبِرَنْ. Dalam al-Muqaddimah al-Jazariah,
وحَرفَ الاستعلاءِ فَخِّمْ واخْصُصَا # الأَطْبَاق أقْوَى نَحْو قَال والعَصا
Asalnya واخصصَنْ kemudian disebabkan waqaf maka jadilah وخصصا.
2. Kaedah ini adalah jawapan mengapa ditulis huruf alif pada fiil mudhori’ yang berakhir dengan nun taukid khafifah dalam mushaf, iaitu :
لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُونًا مِّنَ الصَّاغِرِينَ
Dan firman Allah swt :
كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ
Kedua-dua fiil mudhori’ ليكونًا dan لنسفعًا berakhir dengan huruf alif dan terdapat tanwin pada huruf sebelumnya.
3. Tanwin itu ingin memberitahu kita bahawa kedua-dua fiil tersebut dihubungkan dengan nun taukid khafifah (نْ). Asalnya لنسفَعَنْ dan ليكونَنْ. Manakala alif pula ingin memberitahu kita bahawa jika ingin waqaf, maka waqaflah atas huruf alif tersebut. (Lanasfa’aa / layakunaa).
4. Subhanallah, gigih sungguh ulamak terdahulu dalam mencari asbab musabab kepada firman Allah swt :
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
“Dan demi sesungguhnya Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”
5. Kekeliruan alif tersebut adalah ألف الاثنين dapat dirungkaikan menerusi konteks.