Terperangkap Dengan ‘TERJEMAHAN’ | Masa Terluang Yang Perlu Diisi

Berasa kekok untuk menggunakan perkataan الأرض kerana sudah terbiasa dengan terjemahan ‘BUMI’. Padahal selain ‘BUMI’ ia juga bermaksud ‘LANTAI’ dan ‘TANAH’. جَلَسْنَا عَلَى الأَرْضِ Kami duduk di atas lantai. أرْض زِرَاعِيَّة Tanah pertanian هَذِهِ أَرْضِي Ini tanahku. Terbiasa dengan terjemahan ‘MANUSIA’ untuk perkataan الناس. Kesannya ialah berasa kekok untuk menggunakan ayat seperti: بَدَأَ النَّاسُ يَتَكَلَّمُونَ […]

Perkataan فِعْلًا

Perkataan ini boleh digunakan sebagai kata penguat sesebuah ayat. Padanan maksud dalam bahasa Melayu ialah ‘betul-betul’, ‘benar-benar’, ‘sememangnya’. Contoh ayat : Apa yang aku ingin beritahu kamu sekarang adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. والذي سأقوله لك الآن كان قد حدث فعلا

Ucapan Rendah Diri

Dalam bahasa Arab kita mempunyai beberapa ucapan yang boleh digunakan untuk menunjukkan penghargaan dan rasa rendah diri ketika menerima sesuatu pujian. Contohnya guru memuji saya, “kamu memang yang terbaik sejak dari dahulu lagi”. Saya jawab :- هَذا لُطْفٌ مِنْكَ / هذا من لطفك هذا مِنْ ذَوقِك / هذا من حُسْن ذوقك هذا من كَرَمِك / […]

Penggunaan بِصَدَد

Frasa بصَدَد boleh digunakan untuk beberapa maksud. Antaranya untuk menggambarkan perihal sesuatu tindakan sedang dalam proses perlaksanaan.  Padanan terjemahan Melayu untuk frasa ini ialah “sedang..”.  Berikut adalah teks Melayu yang menggunakan “sedang” di mana terjemahan Melayu – Arab kita boleh gunakan frasa بِصَدَد ini. Teks : “Kementerian Kesihatan sedang mengkaji penggunaan perubatan tradisional sebagai pilihan […]

Menyantuni Seseorang Dalam Bahasa Arab

Menyantuni di sini bermaksud melontarkan kata-kata yang halus dan berbudi bahasa kepada seseorang di awal pertemuan. Terdapat berbagai-bagai ucapan yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut, tetapi ucapan paling kerap digunakan ialah : مُنَوَّر Ucapan ini diucapkan dengan nada girang, sopan dan dihiasi dengan seukir senyuman. Maksud ucapan ini ialah “Eh, berseri-seri kamu (bercahaya) ;-)”. Jika […]